Header Lembaga Adat Naning

Bahagian IV Undang – Undang Tubuh Melaka Perkara
34: Adat Perpateh Naning

Perkara 34

(1) Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato’ Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang dianuti oleh orang-orang dalam kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan yang desebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat Perpateh Naning.

(2) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dato’ Penghulu Naning adalah berhak mengambil keutamaan selepas Yang di-Pertua Negeri Wilayah Adat Perpateh Naning.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh berunding dengan Dato’ Penghulu Naning, dan Dato’ Penghulu itu adalah berhak mengemukakan nasihatnya terus kepada Yang di-Pertua Negeri atau Dato’ Penghulu Naning, mengikut mana yang berkenaan, adalah perkara berhubung dengan Adat Perpateh Naning dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.

(4) Tertakluk kepada Perlembagaan Perseketuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning.

(5) Dalam Perkara ini “Adat Perpateh Naning” ertinya Adat sebagaimana yang diamalkan dan diterima oleh orang-orang Wilayah Adat Perpateh Naning (iaitu suatu adat yang tidak mempunyai apajua hubungan dengan ugama).

PERMASALAHAN & PERTIKAIAN UMUM:

Terdapat pendapat mengatakan Bahagian IV Undang – Undang Tubuh Melaka Perkara 34: Adat Perpateh Naning telah diubah di dalam satu ketetapan Dewan Undangan Negeri.

PENJELASAN:

Satu semakan perundangan berasaskan perlembagaan persekutuan menjelaskan mengenai Pindaan Perlembagaan Negeri tidak boleh sama sekali dan tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain meminda Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri. (Rujuk FASAL KE-19 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA)

FASAL KE-19 : PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Sesungguhnya jua, perlembagaan persekutuan Malaysia menurut jadual kelapan fasal ke-19 menetapkan :

Sebarang Pindaan Perlembagaan Negeri melalui Enakmen Badan Perundangan Negeri Fasal 19.

(1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa mengenai pindaan Perlembagaan Negeri ini.

(2) Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

(3) Mana-mana peruntukan lain boleh, tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, dipinda melalui suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain.

PERKARA 90 : PERUNTUKAN TANAH ADAT OLEH
PERLEMBAGAAN

Perkara 90. Peruntukan khas yang berhubungan dengan tanah adat di Negeri Sembilan dan Melaka, dan tanah pegangan Melayu di Terengganu.

(1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh menyentuh kesahan apa-apa sekatan yang dikenakan oleh undang-undang ke atas pemindahan hakmilik atau pemajakan tanah adat di Negeri Sembilan atau Negeri Melaka, atau pemindahan hakmilik atau pemajakan apaapa kepentingan mengenai tanah itu.

(1A) Bagi maksud Fasal (1)—
(a) “pemindahan hakmilik” termasuklah apa-apa penggadaian, perpindahan atau peletakhakan, atau pewujudan apa-apa lien atau amanah, atau pemasukan apa-apa kaveat, atau apa-apa bentuk urusan atau pelupusan lain daripada apa-apa jua perihalan atau jenis; dan

(b) “pemajakan” termasuklah apa-apa penyewaan dalam apa-apa jua bentuk atau jangka masa.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, undang-undang yang sedia ada di Negeri Terengganu mengenai tanah pegangan Melayu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga diperuntukkan selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu yang diluluskan dan dipersetujui sebagaimana yang diperihalkan dalam Fasal (1) Perkara 89.

(3) Apa-apa Enakmen Badan Perundangan Negeri Terengganu yang sedemikian boleh membuat peruntukan bagi tanah simpanan Melayu yang bersamaan dengan undang-undang yang sedia ada yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain yang ber-Raja; dan dalam keadaan sedemikian Perkara 89 tersebut hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Terengganu tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:

(a) dalam Fasal (1), sebutan mengenai tanah yang merupakan tanah simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai tanah yang sebaik sebelum lulusnya Enakmen tersebut itu merupakan tanah pegangan Melayu; dan

(b) tertakluk seperti yang disebut terdahulu, apa-apa sebutan mengenai undang undang yang sedia ada hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Enakmen tersebut.

PERMASALAHAN & PERTIKAIAN UMUM:

Terdapat pindaan terhadap PERUNTUKAN TANAH ADAT NEGERI MELAKA oleh badan perundangan negeri mahupun dewan undangan negeri Melaka dengan terbentuknya Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka ketika dibawah pemerintahan Ketua Menteri Terdahulu.

PENJELASAN:

Satu semakan perundangan berkaitan perkara ini memperincikan peranan badan perundangan negeri serta justifikasi penubuhan perbadanan.