LEMBAGA ADAT NANING
Kewujudan Lembaga Adat Perpatih Naning
Ketiga-tiga perut (Ibu) Nan Bergajah Tunggal telah sepakat memilih putera di kalangan mereka untuk diangkat menjadi Dato’ Penghulu Naning (Undang Naning). Maka satu jawatankuasa ketika itu diwujudkan iaitu Pembesar Waris . Seandainya Dato’ Penghulu Naning mangkat maka akan dilantik pula dikalangan putera ibu yang lain seterusnya akan berterusan mengikut giliran. Dato’ Penghulu Naning memerintah dengan dibantu oleh Lembaga Adat.
Hak Undang Naning
Bahawa apabila Lombago Nan Bosokat iaitu Tiang Balai, Isi Balai didapati kesalahan dibawah fasal 56 (Tambo Alam Naning) maka Posako itu terserah kepada Undang Naning memberitahu suku yang berkenaan seluruh Wilayah Adat Perpatih Naning supaya menghantar calon kepada Balai Undang Naning untuk dipertimbangankan dilantik sepanjang adat nan di adatkan oleh Undang Naning. (Tambo Alam Naning ms. 114 (56A))
Salah Buat Pusako Luruh
Kata adat ini tidak diadatkan (mesti tidak boleh) meluruhkan (pecat) pusako Undang Naning. Kata adat ini khas kepada Lombago Nan Bosokat seperti :-
Maksudnya ialah apabila seorang Dato’ Lombago Nan Bosokat itu telah didapati melakukan satu kesalahan yang mencemarkan kebersihan posako yang dijunjung itu seperti menghukum luar dari kuasanya atau telah didapati melakukan kesalahan bersalah salahan dan yang lain-lainya maka posako yang dijunjung itu luruhlah iaitu terserahlah pada yang hak . Jika posako suku maka terpulang pada sukunya akan melantik yang lain pula. (Tambo Alam Naning ms114.(56)(III)ms.136(79))
WARIS TERTUA, PEMBESAR WARIS, TIANG BALAI & ISI BALAI
YAM PENGHULU ADAT/ YAM PEWARIS TERTUA ADAT PERPATIH MELAKA
ATO PADUKA SERI DIRAJA ABU HASSAN BIN HJ MANSOR
YAM Pewaris Tertua Pusaka Orang Kaya Seri Raja Merah Undang Naning Melaka
IBU SOKO
IBUNDA ROSLINA BINTI HJ MANSOR
IBUNDA ROSNI BINTI WAHAB
PEMBESAR WARIS
DATO’ PADUKA SERI SETIA MAT YASIN BIN MANSOR
Dato Seri Lela Maharaja – Pembesar Waris Perut 1/ Pengerusi Lembaga Adat
DATO’ PADUKA SERI SETIA HASHIM BIN WAHAB
Dato Seri Menteri Penghulu – Pembesar Waris Perut 2
DATO’ PADUKA SERI SETIA AMIN BIN SIDI
Dato Seri Maharaja – Pembesar Waris Perut 3
DATO’ PADUKA SERI SETIA NUR ASRI BIN HJ BAHRI
Dato Seri Shahbandar – Pembesar Waris Perut 2
TIANG BALAI
DATO PADUKA SERI BAHRIN BIN BORHAN
Dato Seri Nan Kaya/ Tiang Balai Suku Semelenggang Naning
DATO’ PADUKA SERI MOHD ROSLY BIN MOHD YUSOF
Dato Seri Angkai Besar – Tiang Balai Suku Anak Melaka
DATO’ PADUKA SERI AHMAD ZAN BIN ALI
Dato Seri Angkai Kecil – Tiang Balai Suku Mungka
DATO’ PADUKA SERI SUHAINI BIN SABAR
Dato Seri Mangun – Tiang Balai Suku Tiga Batu
ISI BALAI
DATO’ PADUKA SERI DATO HASSAN BACHIK
Dato Seri Gompo – Isi Balai Suku Tiga Nenek
DATO’ PADUKA SERI ADNAN BIN ASRAN
Dato Seri Maulana Garang – Isi Balai Suku Air Hangat
DATO’ PADUKA SERI MUHAMMAD YASSAN
Dato’ Seri Mempelas – Isi Balai Suku Bunga Tanjung
SENARAI LEMBAGA NAN BERSEKAT
DATO’ SERI MOHAMAD RAZALI BIN ABDULLAH
Dato Seri Paduka Tuan – Ketua Protokol
DATO’ SERI DOL SALIM BIN LARI
Dato Seri Maulana Hakim/ Maulana Hakim
KEKOSONGAN
Dato Seri Pawang Di Raja/ Pawang Di Raja