Adalah menjadi tanggungjawab manusia bagi memahami sesuatu perkara berdasarkan fakta dan perkara yang tepat bagi mengelakkan
diri dari bersangka-sangka.
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang
telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Al-Hujjarat:12
Berdasarkan itu fasal lantikan, kunrniaan & gelar terhadap orang-orang adat adalah diwasalkan dan termaktub dalam Tambo Alam
sebagai hak dibawah kuasa penuh Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning:
- Sesuatu lantikan setelah mengikut adat yang diadatkan dengan tertibnya adalah menjadi kuasa penuh Yang Amat Mulia Orang
kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning. Lantikan ini dibuat dan dibatal hanya dengan kuasanya setelah mendapat pandangan
serta cadangan daripada Lembaga Adat, Pembesar Adat, Ibu Soko, Adat Adat dan suku-suku mana yang berkaitan dengannya.
- Sesuatu Kurniaan pula setelah dipertimbangkan oleh peribadi Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning
adalah menjadi kuasanya untuk memberikan apa jua kurniaan kepada anak suku, anak adat mahupun pusaka melayang mengikut
tertib amalan adat yang diadatkan.
- Manakala sesuatu gelar yang diwasalkan kepada anak suku, anak adat mahupun pusaka melayang adalah gelar adat yang
termaktub dalam susunan kuasa peribadi Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning dan Lembaga
adatnya.
- Pengiktirafan terhadap lantikan, kurniaan dan gelar tertakluk kepada kuasa peribadi Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah
Dato Undang Naning. Lembaga Adat Naning tidak tertakluk bawah kuasa negeri Melaka tapi di bawah lembaga adat seperti yang
tercatat di dalam Fasa 34 Perlembagaan Negeri Melaka.
- Hak untuk lantikan, kurniaan dan gelar Naning bukan di bawah Yang Dipertua Negeri Melaka tapi di bawah kuasa penuh Yang
Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning.
- Manakala hak Yang Dipertua Negeri Melaka menurut Perkara 34 Undang-Undang Tubuh Negeri Melaka adalah seperti berikut:
- Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik seorang untuk menyandang jawatan Dato’ Penghulu Naning mengikut Adat Perpateh Naning
dan orang yang dilantik sedemikian hendaklah menyandang jawatan itu mengikut Adat Perpateh yang dianuti oleh orang-orang dalam
kawasan-kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan yang disebutkan bagi maksud-maksud Perkara ini sebagai Wilayah Adat
Perpateh Naning.
- Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Dato’ Penghulu Naning adalah berhak mengambil keutamaan
selepas Yang di-Pertua Negeri Wilayah Adat Perpateh Naning.
- Yang di-Pertua Negeri boleh berunding dengan Dato’ Penghulu Naning, dan Dato’ Penghulu itu adalah berhak mengemukakan
nasihatnya terus kepada Yang di-Pertua Negeri atau Dato’ Penghulu Naning, mengikut mana yang berkenaan, adalah perkara berhubung
dengan Adat Perpateh Naning dalam Wilayah Adat Perpateh Naning.
- Tertakluk kepada Perlembagaan Perseketuan dan Perlembagaan ini, Badan Perundangan boleh dengan undang-undang memberi kepada
Dato’ Penghulu Naning lain-lain tugas berhubung dengan Adat Perpateh Naning.
Dalam Perkara ini “Adat Perpateh Naning” ertinya Adat sebagaimana yang diamalkan dan diterima oleh orang-orang Wilayah Adat
Perpateh Naning (iaitu suatu adat yang tidak mempunyai apajua hubungan dengan ugama).
- Adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap tugas samaada Yang Dipertua Negeri mahupun Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja
Merah Dato Undang Naning menjalankan Amanah serta tanggungjawab mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri serta
Perlembagaan Persekutuan.
- Adalah pula menjadi tanggungjawab bagi seseorang yang diberi lantikan, kurniaan dan gelar senantiasa taat serta menyumbang
bakti terhadap Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning mengikut sumpah yang telah dilafazkan
dengan juga tidak melakukan apa-apa perlanggaran oleh mana-mana peraturan, enakmen serta undang-undang.
- Sesuatu lantikan, kurniaan dan gelar yang diwasalkan boleh diletakkan di awal nama bagi membedakan serta menyusur
tanggungjawab yang telah diwasalkan seperti Dato Paduka Imam Tuan, Dato Paduka Pawang Diraja, Orang Kaya Shahbandar Dato,
lain-lain yang senadanya.
- Hebatnya Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning sehingga HM Queen Elizabeth sendiri pernah
datang mengadap dan berjumpa dengan Yang Amat Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning bagi mendapatkan
persefahaman dan perdamaian setelah Inggeris dimalukan dgn kerugian lebih 100 ribu paun ketika melawan Yang Amat Mulia
Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning tersebut. Ini termasuklah menghadiahkan sebuah bangunan kepada Yang Amat
Mulia Orang kaya Seri Raja Merah Dato Undang Naning bagi tujuan pentadbiran Wilayah Naning.
Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Noor Abdullah mencadangkan supaya suatu ‘Akta Derhaka’ digubal. Menurut laporan Bernama:
“Patut ada undang-undang khas digubal tentang apa-apa perbuatan yang terjumlah dan terangkum dalam kesalahan derhaka. Undang-
undang ini sesuai kerana rakyat di beberapa lapisan tidak memahami sebenarnya kuasa Raja. “Sudah tiba masanya bagi kerajaan
menggubal undang-undang mengenai penderhakaan, bukan di bawah hasutan, Undang-undang khas itu perlu menggariskan definisi
derhaka dari sudut perbuatan, ucapan, sindiran, grafik dan lain-lain, serta mengenakan hukuman keras sekurang-kurangnya dua tahun
penjara. “Ini supaya rakyat tahu tiada maaf bagi mereka yang melakukan kesalahan derhaka,”.
Kesalahan hasutan itu berbeza dengan penderhakaan; kesalahan hasutan yang terkandung dalam Akta Hasutan memerlukan elemen
kecenderungan pihak ketiga terhasut oleh kata-kata atau perbuatan tertuduh. Derhaka pula bersifat peribadi, iaitu di antara individu
dengan raja atau institusi diraja itu sendiri.
Treason adalah belot atau khianat, seperti percubaan menggulingkan pemerintah. Melawan raja adalah ‘treason’. Tetapi derhaka tidak
mermerlukan perbuatan yang begitu drastik, tidak taat kepada raja itu boleh dianggap derhaka.
Di Malaysia, kita tidak mempunyai undang-undang lese majeste atau undang-undang yang menghukum perbuatan menjatuhkan maruah
atau martabat raja. Bandingkan ini dengan Thailand, misalnya, di mana hukuman dikenakan ke atas mereka yang dikatakan telah
menghina raja mereka. Ianya termasuklah meminda apa-apa peruntukan kuasa yang termaktub di dalam perlembagaan tanpa kuasa yang
diturunkan oleh Majlis Raja-Raja.